Powered By Blogger

Pedang Masa

Pedang Masa
Waktu umpama pedangtajam, kalau kita tak memotong, ia akan memotong kita..Apa yg d tunggu??Kalau tak sekarang, bila lg??Kalau tak di sini d mana lg??Kalau tak aku, siapa lg??

Thursday, July 8, 2010

Satu Detik Satu Pengalaman





4 April 2010 – Sejak dari pukul 3 pg, aku merasa resah, xsedap ati (padahal aku kalu goreng hati masak sambal leh tahan sedapnya) & sewaktu dengannya (bukan azan maghrib ye)..aku golek golek dan terus menggolekkan diri. Akhirnya aku berjaya melelapkan mata selepas penat golek2..Pukul 5.30 pg, aku terjaga lg..rasa nak ke toilet la pulak..perut rasa menegang seperti biasa..entah camna masa aku nak bangun aku tergelincir lalu perut ku terkena pd kaki suamiku yg sedang tido..Beliau terjaga tp melelapkan mata kembali selepas tengok aku ok. Selepas menunaikan hajat, aku tido kembali..
Pukul 6 pagi aku terjaga kerna terdengar panggilan dr hp kesayangan ku PDA. Aikk saper yg call pagi2 lg ni..Rupa2nya my mom n adik2 call utk ucapkan SELAMAT HARI LAHIR. Aku tertido kembali..xsampai 10 minit kemudian, tetiba kurasakan di celah kangkangku panas & kurasakan ada bendalir keluar..ku raup..Tp alangkah terkejutnya aku mendapati darah keluar tanpa henti d celah kangkang ku..kukejut beliau yg sedang tido.kukatakan darah keluar banyak n lantas aku menelefon my mum utk beritahu apa yg berlaku kepadaku..My mom segera mengarah aku ke hospital. Aku ke toilet utk membersihkan darah2 itu tp ia masih tidak berhenti mengalir..aku xrasa sakit pun..Hmmm..pelik gak ni..org kalu kuar darah mesti sakit kan? Entahla..blur sekejap aku.. Dalam penjalanan aku menelefon bosku bahawa aku xdpt hadir seperti biasa..kujelaskan apa yg berlaku..tidak lupa aku menelefon anak angkat kesayanganku (Q) memberitahu apa yg berlaku seperti yg kujanjikan kalu apa2 berlaku pdku..Aku sgt sayangkan Anak angkatku sorg ni..dah biasa dia memanggilku MAMA..aku juga selesa dgn panggilan itu..
Tiba d hospital aku d bawa ke bilik rawatan.. Telah kuberitahu apa yg berlaku kepadaku..so ujikaji bermula.. Doc mendapati pangkal rahimku baru masih tertutup..Doc memcuba utk membukanya dgn menggunakan jari namun ia hanya terbuka 1cm..Tuhan saja tahu kesakitannya apabila d paksa terbuka sebegitu tanpa sebarang ubat bius..Doc memasukkan wayar bg mengenalpasti kedudukan baby..YA ALLAH, rupa-rupanya baby & urinya telah terpisah!! Doc segera mengarah prosedur utk pembedahan d jalankan.. Tika detik itu, seluruh tubuhku menggeletar..dpt kudengar degutan jantung ANAKKU semakin lemah..Air mataku bergenang..Saat itu aku hanya berfikir utk menyelamatkan nyawanya..Air mataku bergenang tp kucuba kuatkan hatiku..Aku yakin aku cukup kuat utk bertahan demi ANAK ini..Saat itu, masuk seseorg doc pakar bg meminta aku sain surat setuju utk bersalin & menerangkan prosedurnya..Sekali lg, aku berdepan UJIAN..Muka doc tue saling xtumpah dgn org yg paling KUBENCI..Hampir2 aku menghalaunya..Waras akal menidakkan, & aku berpijak d bumi yg nyata..Aku harus menghapuskan kebencian yg ader d hati ni..Telah kukatakan d dalam hatiku Tiada lg BENCI dlm hati ini agar wajah yg org kubenci ni tidak terus menghantuiku..
Aku d bawa ke bilik pembedahan sambil d iringi suamiku..Kuminta AMPUN kepada beliau segala silapku kerna andai aku pergi aku mahu beliau tabah hadapi hidup ni..Beliau tidak d benarkan berada d sampingku semasa proses berlaku hanya menunggu d luar..
Dalam bilik pembedahan, aku d minta duduk kerna mereka mula menyuntik d bahagian tulang belakangku.. D saat itu kurasakan kesakitannya..aku d minta baring & satu meja papan kecik d letakkan d dadaku..aku sudah mula xdpt menggerakkan kakiku..Ubat bius mula bergerak..Walaupun aku xdpt melihat tp aku dapat merasakan bagaimana perutku d belah..mereka menarik tulangku n kulitku bagi memberi laluan kpd ANAKKU..semua itu xkurasa sakit..Mata ku hanya tertumpu kepada mesin degupan jantung ANAKKU d bahagian kiriku tanpa mempedulikan mesin degupan jantung yg terletak d sebelah kanan..Aku hanya mahu ANAK ni d selamatkan walau nyaku jd taruhan..tetiba aku terdengar suara tangisan ANAKKU..xdpt aku bayangkan perasaan aku ketika itu..gembira tidak terkira..d saat itu jantungku terasa lemah..mereka cuba sedaya upaya membantu aku..kali ni AKU MAHU HIDUP..aku mahu berjuang bersama-sama anak ni..aku mahu menjaganya..aku mesti kuat aku mesti kuat..hatiku mula menjerit..
Aku terjaga apabila terdengar suara baby menangis..kubuka mataku ku lihat suamiku d sebelah bersama ANAKKU..rupa-rupanya aku telah d bawa ke wad selepas berjaya menyelamatkan aku..kulihat wajah suamiku begitu gembira..Abg nak nama anak kita Assyanur Juni Ibtisam..nama yg memberi erti bg aku..MAMA sayang ASSYANUR JUNI IBTISAM..Selamat Hari Lahir sayang (04.04.2010)

TERIMA KASIH Tuhan kerana memberi peluang sekali lagi utk aku menempuhi jalanan hidupku..Syukur xterhingga kupanjatkan buatMu atas kurniaan ni kepadaku.
TERIMA KASIH kalian (doc, pegawai perubatan, nurse) kerna membantuku & memberi sinar dlm hidupku..Alhamdulillah..
TERIMA KASIH anak angkatku kerna memberi sokongan kepada MAMA
TERIMA KASIH kawan2 kerana banyak memberi dorongan n semangat utk aku terus mengorak langkah menempuhi ALAM BARU..aku sayang kamu semua..

No comments:

Post a Comment